Monday, December 21, 2009

kentut pun tak bunyi

Bergegarlah didewan rakyat kisah seorang pelawak dari kinabatangan. Riuh rendahnya bukan kerana kebiasaan nya melantang tetapi akan kehilangannya yang sedang menghisap madu. Tiadalah terperasan sebelumnya tetapi setelah pelawak yang rajin datang kedewan ini tiba-tiba senyap tiada khabar.
Risik punya risik kisahnya rupanya sedang mencipta bahgia dan keindahan dengan artis montok gebu.
Gambar kahwin Bung Mokhtar dan Zizie EzetteKhabar ini dinafikan oleh empunya diri yang kononnya tak cukup kacak..manakala simontok gebu pula kononnya nak jagi hati....kedua-duanya temberanglah juga mulanya.
Setelah tiada tersembunyi tembelangnya maka mengakulah dia sedang  memadu isteri.
Rupa-rupanya faham lah kita bergegar bergegak bergempita bukan kepalang di Parlimen...tapi kecut telur nak mengaku beristeri baru..
takut bini ke?....




________________________________________

BERDENGUNG  1 MALAYSIA


Berdengung lah rakyat 1 Malaysia. Terlopong wak-wak dikampung...hampir terkancing gigi memikirkan 
siapakah toyol yang berjaya melesapkan enjin kapalterbang perang F5E. Memang hebat. macammana gamaknya boleh bawak enjin sebesar tu. Boleh hantar sampai keluar negara pulak tu... Tok bomoh kata Jin baghdad punya kerja. Siapa empunya Jin baghdad tu. Memang heran juga sebab kabornya dihantornya ke Iran. Puih!....ilmu pukau yang digunakan pun bukan calang-calang..udah dua tahun (2007) baru tersedar!


selamat bertemu kembali

Hampir sebulan wak tak update blog ni sebab bercuti panjang di sebuah negara luar yang dingin dan nyaman...
melapangkan fikiran yang hampir tumpul dan berkarat.
wak akan menulis semula.....kali ini dengan format bahasa rojak inggeris dan melayu. Bukan apa wak sahut cabaran Che' Det supaya kita menguasai bahasa Inggeris...bahasa Inggeris yang wak gunakan 'broken'..tapi bila wak diluar negara tempohari...alhamdullillah orang putih disana paham la pulak bahasa yang wak tuturkan.
sebagai orang Malaysia keturunan melayu-jawa wak tak mahu juga ketinggalan bahasa ibunda...jadi wak campur-adukkan lah bahasa...semoga  pembaca kalian boleh faham..

----------------------------------------------------------------------

Negeri Terengganu yang malang


Apalah malang negeri Terengganu ni...asyik ditimpa sue...macam kena langgar garuda.
Kejaddian terbaru dengan keruntuhan Perhentian bas Kuala berang.





berikut petikan berita dari Harakahdaily



HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.
Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.
(Gambar: Bahagian depan bangunan stesen bas Kuala Berang yang masih dalam pembinaan runtuh)
Menurut beliau, bahagian yang terputus adalah bahagian penghubung yang dipeteri antara bangunan dengan atap depan bangunan itu.
Menurut papan tanda di depan projek tersebut, bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia berupa projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam.

Arkitek projek ini adalah SAM Arkitek Perunding, juruteranya adalah MNA Consultant Sdn Bhd, juruukur bahan adalah Contract Management Consultant dan kontraktornya adalah Gemilang Mega Sdn Bhd.
(Gambar: Papan tanda di depan bangunan ini)
Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional".
Ketika kejadian tidak ada sebarang ribut atau angin kencang melanda kawasan itu sungguhpun Pantai Timur sekarang sedang menghadapi banji semula.
Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini.
Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.